Bulan puasa

  Hari dah 14 hari puasa.kejap gila rasa dah 2 minggu puasa.Baru je rasa macam dilahirkan semalam di spital #Eh.Alang-alang dah cakap pasal lahir ni nak bagi tahu lah yang aku ni lahir tak cukup bulan.Aku lahir masa bulan ketujuh kehamilan(ayat memang macam kau amek bahasa melayu kt u,baku habis).mak aku cakap dulu masa aku lahir besar botol kicap je.Lupe plak aku nak tanya botol kicap Tamin ke botol kicap Cap Kipas Udang kekeke.Korang dah beli baju raya ke?Aku ada la beli 1,2 lagi dah tempah lama dah sampai aku lupa warna apa baju tu pastu nak beli tudung pon tak boleh.haaiiiyyoo.Mak cik tu pun buat baju punya la lama bile nak siap ntah,nak tunggu Running Man habis baru nak siap kot(apa kena mengena?).Tak tahu la kenapa puasa kali ni aku asyik tak sedap perut je,kena pakai minyak yuyi cap limau mungkin?Tengok tak iklan minyak yuyi cap limau yang lama,siyes lawak yang part baby gerak2 mulut time cakap die tak sedap perut tu.Nampak benor menipunye hakhakhak.
Selepas memakai minyak yuyi cap limau muka jadi happy begini.
 

  Selama cuti ni memang aku duduk rumah je,tak keluar mana pon.Dengan duit takdenye nak keluar pegi mana.Sadis gila bila bukak dompet sambil menjerit kenapa duit jadi halimunan kenapa!Tak dapat terima kenyataan T_T.

  So cuti ni aku memanfaatkan lah Canon EOS 550D aku.Meh tengok gambar hape haku hamek.

comel kan sparkling ni.Macam ada bintang-bintang.

Pokok belakang rumah tok wan aku.Masa ni tengah tunggu ikan bakar.

Ikan Talapia Merah bakar,memang sedap gila.Ikan ni nenek aku yang bakarkan.aku tukang tengok je hehe.


kucing pun ada aurat ke??



Unknown.


  Takde la menarik mana pun kan gambar yang aku amek.Oh ya hari ni result sem 2 keluar dan Alhamdulillah result aku oke dan DL lagi.Thanks God :).Oke selamat beramal di bulan Ramadham al-Mubarak ni.sekian bye.

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED