Muzium Negara




    Weekend awal-awal sem memang masa untuk berjimba sebab takde asignment,test,kuiz dan lab report nak kena buat.Dah la tiap-tiap sem seminggu ada 3 lab.So kena ada 3 lab report la nak kena submit tiap minggu kan.Tapi kan,aku ada 1 pengajaran la daripada lab report(sekarang aku dah pandai amek pengajaran).Masa final exam physical chemistry sem lepas ada 1 soalan tanya pasal benda yang kitorang tak belajar dalam kelas tapi soalan tu aku penah jawab dalam lab report.Syukur sangat-sangat sebab soalan tu aku memang usaha cari kat internet sebelum submit lab report tu dan tadaaaaa aku INGAT masa final.Nampak tak perkataan 'ingat' tu sampai capslock sebab terlalu pentingAlhamdulillah la aku A paper tu.So pengajarannya buat la setiap benda tu dengan ikhlas dan sunguh-sungguh.Gitu haa kesimpulan dia,motivasi sangat aku malam ni.

  Semalam aku,Ati,Anaz,Farahin,Pina,Im,Su dan Aseng pegi Muzium Negara.Kawan-kawan aku gelak bile dengar kami nak pegi muzium.Apa ingat lawak sangat ke,orang macam kau lah yang lupakan sejarah taw tak.Orang yan melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.Oke over.

Tadaaa dah sampai!Lebih kurang setengah jam dari UiTM.

Dari kiri Pina,Ati dan farahin.

Eya cakap muka aku sama dengan makcik sebelah ni -..-


Ni depan muzium.Anak sape ntah ni kitorang panggil amek gambar.

Oke muka Ati lawak.haha.Macam belon yang dalam dia ada tepung boleh main penyet2 yang Dora kotak biru  ada gambar macam doraemon tu.Aku bayangkan muka Ati macam belon tu hihi.
 


Adik belakang tu pun nak masuk jugak.Rombongan sekolah agaknye.






Belakang tu kapal Portugal.


First time pegi Masjid Negara.Memang sangat cantek siyes tak tipu sumpah.



    Lepas semayang maghrib kitorang pon gerak la pusing KL.Ekceli sesat tapi malu nak ngaku sesat haha,tak KL la kan sesat-sesat ni.Pastu siap berhenti tanye polis kat tepi jalan direction nak ke Shah Alam.Polis tu siap lukis peta haaa bagi kat kitorang.Ada sorang polis tu tanya macam ni:


   Polis : Belajar lagi ke?
   Aku  : Aah,study kat UiTM.
   Polis : Oh amek Law eh?
   Aku  : Tak la,medik.(dengan muka yakin)

     Sory pakcik,kalau saya cakap food tech mesti pakcik angguk-angguk tapi sebenranya dalam hati tak tahu pon kan food tech tu kos dia macam mana.Tunggu la saya keja ngan JAKIM ke,Nestle ke nanti baru saya jumpa pakcik balik pastu cakap pakcik ingat tak 22 september 2012 dulu ada budak UiTM sesat pastu tanya jalan, saya la tu,sebenarnya saya bukan budak medik tapi saya food technologist.Oke cukup.

  lama jugak la kitorang pusing-pusing sampai la jumpak balik Federal Highway.Ati yang dok KL pun tak tahu jalan sebab dia cakap dia jenis kalau masuk kereta pommm terus tidur.Amboi over tidur siap ada bunyi pommm.Lepas makan McD kat ss2 terus balik.Ok sekian babai.


  

Minggu Pertama Sem 3



    Sedar tak sedar dah masuk sem 3 rupenye aku ni.Rasa macam baru je semalam daftar sem 1 kat UiTM Shah Alam.Baru nak bajet senior tapi kos aku takde kemasukan pelajar baru sebab budak-budak food tech kemasukan baru ni terus masuk kat UiTM Kuala Pilah.Naseb aku lahir tahun 1992 kalau tak mesti susah aku nak pegi TS kan?memang mak hantar masuk UiTM ni nak suruh pegi TS je kan.

   Dah seminggu dah aku masuk sem 3 ni.Sabtu hari tu patutnye ada perjumpaan koko tapi disebabkan aku tak amek koko sem ni so aku tak pegi pun perjumpaan tu dan kalau aku amek koko pun memang aku taknak pegi perjumpaan tu sebab sebelum ni pon aku tak penah pegi.Disebabkan koko aku overlapped dengan kelas syariah so aku tak dapat amek koko sem ni.Dah siap jumpe unit Hal Ehwal Pelajar dengan Penasihat Akademik lagi.Memang kelas syariah tu tak boleh nak squeeze dah dekat time lain sebab susah kan campur ngan budak group lain.Sabtu malam hari tu Anis dan Ayit(pakwe Anis) datang sini amek aku dengan Farah pegi makan then pegi i-City.

Farah,aku,Anis n Ayit.



Yang kanan sekali tu Jiha,kawan kepada Farah.Sumpah dia ni lawak gila!
Dah la cun,untung sape jadi pakwe dia kan.





Gambar tak berapa nak ohsem sebab setting camera tak berapa nak betol.Semua salah Ayit :p.

         Ahad plak aku keluar dengan Anaz n Aseng(pakwe Anaz).Nama dua-dua nak start A jugak kan .mencik sebab nama aku ngan jijim tak start huruf sama.Aku SS=Syifa Syahirah,jijim AA-Abdul Azim.Boleh tak nak tukar nama jijim jadi Sabdul Sazim sebab nak SS jugak.Oke lepas ni nak panggil jijim Sabdul.Berbalik pada cerita tadi,Ahad tu aku pegi One Utama dan IKEA.


Anaz n Aseng.Boleh beza kan yang mana Anaz yang mana Aseng hihi.

Masa ni kat Nando's tengah tunggu order.Belon tu dapat free sempena Hari Malaysia.

1/4 chicken marinaded with lemon n herbs.

gigi palsu nenek sebelah rumah.Eh ni sebenarnya marshmallow ye.

Suka gambar ni sebab rasa macam kat dunia candy pastu tak payah pikir pape sebab semua indah.

sangat comellls kan kedai candylicious ni.Kitorang tak beli pun,masuk sebab nak amek gambar je.



Ni sebenarnya tabung.Kecik ni je harga RM30.Baik aku pegi TS beli baju.


Bangla belaknag tu sebok tengok camera pastu senyum.Pukul baru taw grrrrrrrr.





Tu jela.Ouh teringat tadi masa kelas Analytical Chemistry lecturer aku pasang vidio then dalam vidio tu tetibe ada zirafah taw,pastu budak2 kelas aku jerit-jerit nama Gwang Soo.Mesti Gwang soo terharu kan kalau dia tahu hihi.Oke tak larat nak taip dah.babai.

Big Sister Little Sister



   Hai hari ni keluar dating bawak Balqis.Gambar ni jijim yang tangkapkan.Oke tu je babai.

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED