terasa rajin nak update blog

  Waahhhhh lama gila tak update blog.Bunyi ayat macam la selama ni aku rajin update blog kan XD.Weekend ni aku macam lepak sikit sebab assignment semua dah setel,yang ada pon lab report yang kena submit minggu depan.Aku bukan lah pelajar cemerlang sangat nak buat keje yang nak kene hantar minggu depan.Aku berkira2 nak buat dalam weekend minggu depan.Kawan2 aku banyak pegi kem/trip minggu ni,aku je dok bersenang lenang minggu ni berjimba sorang2 dalam bilik.Yang pegi kem tu sebab diorang ada koko,aku takde koko sebab takde duit nak beli.Eh tak tipu je,aku takde koko sebab dulu aku masuk kawad kaki kat matrik dulu,so boleh buat pengecualian kredit.

Orang ramai  :Eh kau ambek apa koko?
Aku              :Aku pengecualian kredit#jawab dengan muka belagak#
Orang ramai  :Ouh dulu PLKN eh?
Aku              :Tak lah kawad matrik.
Orang ramai  :#Kawad matrik je pon!#

  Semalam aku keluar dengan Farah,Fareeed,Paan pegi sunway pyramid.Fareed yang bawak kereta ni dok pikir nak ikut jalan mana sebab die taktaw sangat jalan,yang aku dengan Farah ni dok berjimba kat belakang sambil menyebut ohtukey ohtukey(Ohtukey tu maksudnye apa nak buat in korean) sampai Farah cakap kat aku macam ni "eh kau memang tak hirau dengan persekitaran sekeliling eh?" sebab masa tu dah salah jalan.Aku pon lepas tu buat2 la tanya eh ni kat mana,konon macam concern la.Oke dipendekkan cerita sampai la kat Sunway Pyramid.




Sampai terus cari tandas





kau satu aku satu


Lap hingus kat mafla dia!

aku yang ajak main bowling aku yang kalah


Farah->bosannya asyik dengar budak ni cakap


Ouh tak sangka ada paparazzi!

ouuhh weekend..

    Esok ada test math la plak.Well semua orang tahu aku sedikit kurang upaya dengan math.Bila dengar je math terus rasa macam nak berdepan dengan Voldemort.Ceh bajet macam aku Harry potter.Rasa nak buat tanda plak kat dahi sama macam Harry Potter baru boleh berdepan dengan Voldemort.Oke tak paham takpe.Sebenarnya nak cite pasal weekend aku.Ouhhh best best dapat jumpa izan,keyna,ecah dan jijim.Ekceli tak plan pon nak jumpa izan,ecah,keyna tapi dah kebetulan aku keluar ngan jijim terus je pegi UM sebab izan ada kat sana.Kira aku qada la sebab tak jumpa izan semalam.see izan sangat istimewa di hatiku sampai kena qada kalau tak jumpa dia.
aku ketua sebab pakai shawl merah


taw kenapa kau comel?sebab mata kau besar gajah

kuak lentang di dalam sangkar

sama tak muka kami??XD
   Sempat la jugak beli baju kat mak aku.Beli angry bird yang burung warna hijau paling kuat ada paruh panjang tu kat Balqis(adik aku yang bongsu).Aku taw mesti dia suka sebab bila jalan2 dengan dia kalau jumpa patung angry bird mesti dia cakap semua kuasa yang burung2 tu ada.
Balqis:kakak2 tu burung yang ada bomb tu kan.
aku:ha betoi2..
Balqis:yang ni yang boleh berpecah tiga tu kan kakak.(sambil tunjuk burung yang lain)
aku:buat muka akak penyabar.
Balqis:yang ni plak yang boleh bagi jatuh telur tu kan.
aku:=,="..

  

aku yang lalai

   Memang aku sangat lalai bila login FB dan blog dekat makmal komputer pastu lupa nak logout balik!!ggggrrrrrrrrrr..kenapa mesti aku boleh lupa benda2 penting macam ni.T_T.Terkejut aku bila jijim tanya ada ke aku inbox dia dekat FB cakap mintak putus sebab aku nak fokus study.Nasib baik jijim tak terus terjun bangunan lepas baca mesej tu.Tapi tapi kenapa jijim tak terjun je??dia tak sayang aku ke?Oke tak,aku yakin jijim ada pegangan agama yang teguh,mustahil la dia nak buat benda2 macam tu.lepas tu boleh plak manusia durjana tu post kat wall aku cakap aku redha dengan ketentuannya.Apakah?Dah la tukar setting post bagi aku je boleh baca post tu.Sangat kurang ajar.Tak boleh ke kau buat bodoh je tengok ada orang lupa log out FB.Tolong jela logout kan,ni nak jugak pedajai orang.Memang saja bikin gua panas je.
kalau kau anak jantan meh la sini
  Yang lagi aku bengangnya dah la bila bukak blog pulak ada sign stop besaq nak mampoih baq hang sebab header takleh tengok.Semua gambar dalam blog pon jadi sign macam tu.Aku try jugak cari kat setting tapi takde apa pon,aku dah la noob sikit benda2 ni.Terpaksa la upload balik gambar yang takleh tengok.Kalau aku jumpa sapa punya angkara memang aku pijak2 perut orang tu pastu tangkap gambar sambil sebelah kaki letak atas perut manusia durjana tu then post kat FB.Ni la orang cakap dah terlanggar baru nak tergadah,padan muka aku cuai sangat.Lepas ni taknak dah online dekat makmal komputer.Yang mana ada lagi gambar2 yang ada sign stop warna hitam tu biar jela,malas aku nak upload lain.Kepada orang yang wat dajai kat aku tu biar Tuhan je balas apa yang kau buat tu.

menunggu lecturer..

 Hye there.Sementara manunggu lecturer CSC yang tak kunjung tiba aku pon terupdate la blog ni.tengok blog aku macam bosan gila sebab entry tak best+sikit+follower tak ramai+muka taklawa+lockertakkemas+schedulekelaspacknakmati.Sungguh kesian jadi aku.Wuuuwuuuwuuuuu~.CSC tu apa?CSC tu aku pon lupa apa nama betul dia tapi belajar pasal programming.What the fish la kan kenapa aku kena belajar programming walhal kau tak aku amek food tech.Haaaaiyooo banyak leceh.Perlu ke aku belajar semua tu.Macam tu la perasaaan aku masa mula2 aku belajar CSC tapi sekarang aku dah semangat macam dah attend ceramah Dr.Fadzillah Kamsah semalam.Lecturer aku dah sampai.Bye.

why im so happy??

Lama gila blog buruk aku ni tak update.Dah sebulan masuk Uitm Shah Alam tapi tak pernah blog pon kat sini.Tu la dah tahu malas tapi nak ada blog jugak jadi macam ni la kan.Memang bersawang la  blok.Blog aku ada sawang,blok kau ada?okok.ekceli nak update pasal date aku dengan jijim.Petang semalam dia ambik la aku dekat uitm ni lepas dia sembahyang jumaat kan.Then terus la pergi pusing KL pastu last sekali singgah dekat The Mines.Aku biasa la macam jakun sikit nampak ada sungai dalam The Mines.Rasa macam ouh you I kat london ni.Niat di hati nak naik boat la kan yang kat sungai tu tapi dah tutup sebab dah malam kan masa tu.So lepak2 jela tepi sungai tu sambil paksa2 jijim ambik gambar aku sampai aku kata dah la dah penat.Jalan punya jalan tetiba lapar la plak.oke macam tipu sikit kat sini sebab aku kalau tak jalan pon memang lapar kehkeh.Jijim ajak la plak makan Teppanyaki.Aku pun jakun la lagi sekali sebab tak penah makan kat Teppenyaki.Aku pun dah lupa nama makanan yang aku makan tu apa tapi yang surenye ada ala2 chicken chop.Jakun gila tengok tukang masak tu masak depan aku,siap lambung2 botol lada lagi.Ceh nak menunjuk terrer la tu depan aku sebab aku buat muka jakun gila kan.Memang sedap la rasa that unknwon makanan tu sampai rasa nak order lagi tapi malu sebab nanti takut jijim kata eh dah aku belanja nak tambah2 plak.Tak,sebenarnya kite tahu jijim tak penah kata macam tu dekat kite sebab kite tahu awak sayang kite kan jijim  kan kan.Oke jijim relaks bukan selalu GF mu gedik macam ni.kool bebeh kool.Dah lepas makan pergi la pulak Dowtown Mines sebab dah dekat kan.Alang2 menyeluk pekasam biar sampai pergi dowtown.Aku dah la memang suka pergi tempat2 macam ni.Mula2 tak lah ramai sangat aku tengok tapi makin lewat makin ramai pulak kan.Dah dapat barang yang aku nak kitorang pon balik la.Oke bye.
the sungai.

awek kau jakun sangat apahal?

muka teruja/jakun dapat makan tepanyaki

Di sungai itu.




bila kita sedih..






selamat hari raya!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jawab2 tak jawab dosa.ekceli aku tersangat lah penat beraya siang tadi dengan sanak saudara sepupu sepapat sperpat ikan sepat makan lepat.Tengok baca pon dah penat kan kan.rasa nak wat pertandingan 'penat tak saya"?bajet gile kau padahal dok beraya sakan dengan kengkawan mak yang kena layan tetamu.Tapi aku pon tolong jugak oke sebelum pergi beraya rumah izan dan eya..Yela sape lagi nak tolong mak aku kalau bukan aku sebab aku je anak pompuan paling besar dalam family aku,adik aku yang pompuan baru enam tahun takkan aku nak paksa dia basuh periuk belanga buat ketupat bancuh air segala.Pagi tadi aku dengan adik beradik aku pergi la rumah atok aku beraya dan bermula lah sesi yang ditunggu2 bergambar di pagi raya.Tapi....ada jugak yang tak best.tak dapat raya dengan jijim wuuuuwwuuuu.Dapat vidio call je pagi tadi tengok dia pakai baju melayu warna hitam,serius omel gila baq hang anyonyonyo nomey2 nye die.Oke boleh muntah.Takpe raya sebulan kan,ku tunggu jandamu eh bukan ku tunggu kau datang beraya.BTW heppy gila macam makan chippy2 raya kali ni sebab first time kot pergi beraya rumah kengkawan raya first.Selalu aku raya first mesti dok rumah je tunggu orang datang.Memang tak putus2 la tadi orang datang raya rumah aku,penat ni haaaa cek dok wat keja.Sedara belah ayah aku la ramai sekali tengok macam memang boleh wat rusuhan.LMAO.Ouh penat gila,BTW nak ucap selamat hari raya aidilfitri dan maap zahir batin.oke bye.






comel kan eya dan izan



kami geng budak bagan!
tokwan dan tok aku

with my lovely mom
teruja nak ambik gambar sampai tutup mata

PTPTN

korang penah mintak ptptn tak?kalau tak penah mesti ni stok muka pelajar cemerlang yang dapat biasiswa.mana layan dak ptptn ni.kalau korang pernah mintak mesti korang paham kan keserabutan masa nak manage semua borang2 dokumen semua tu.haih sumpah serabut gila ngan nak sahkan jumpak penghulu segala.rasa nak jumpa anonymous cakap ehkau tolong ajar aku cemana nak godam website,aku nak godam web ptptn la .dah la nak print pon guna kertas 80gsm punya.gsm tu for what eh?gymnasium?oke takpe.mula2 aku print kat rumah je guna kertas 70gsm sebab aku ingat takpe kot kalu tak guna 80gsm.aku pon print la dua set dokumen perjanjian.then malam tu aku ada baca kat fb kawan aku pasal ptptn ni lah.aku pon gigih gila baca sebab banyak benda aku tak paham oke then jumpa la ni PERHATIAN!: Cetak Borang Perjanjian anda pada kertas bersaiz A4 (80gsm). Jangan cetak pada A4 (70gsm),anda MUNGKIN akan ditolak permohonan kerana sebab ini sahaja.OMG!means aku kena print or fotostet lain la kan dokumen perjanjian tu.yela kang tak pasal2 aku tak dapat ptptn menangis tak berlagu pulak.so siang tadi aku pon pegi la kedai fotostet nak fotostet lain.oke part ni yang bes ni,time nak bayar.aku pon belek2 la kertas yang difotostetkan eh macam sama je tebal ngan kertas asal aku ni.aku pon tanye la eh akak ni kertas 70 ke 80.aku xsebut gsm sebab aku taktaw nak pronounce cemana.oke boleh gelak aku memang kuno pon so?kalau aku cakap gymnasium nanti akak tu jijik plak tengok aku.oke berbalik part tadi.akak tu pon jawab kertas tu 70 la.hoho besnye dengar jawapan akak tu sampai rasa nak minum horlicks tapi tak boleh sebab puasa.dah la dah siap fotostet dua set.kalu satu set ada enam tujuh helai takpe jugak ni satu set 17 helai.aku pon redha jela suruh akak tu fotostet lain dua set guna kertas 80gynasium.sekarang ni aku enam set dokumen perjanjian,see betapa cemerlangnya aku ada sampai 6 set walhal dia nak dua set je.melayang duit aku camtu je dah la tengah takde duit.dah setel fotostet pegi la sahkan apa2 yang patot,dah la penghulu takde pastu terpaksa la pegi sahkan kat orang lain.then beli stem hasil kat pejabat pos plak.nasib baik la untuk dapat duit kan kalau tak memang tak la aku nak buat.mintak2 la nanti semua setel cepat dan takde pape masalah kat uitm nanti.oke dah bye.
                                   
memikirkan nasib badan dengan ptptn sobsob

                                   

first entry!!

assalamualaikum..blinkblink!teruja nak wat first entry ni kehkeh.thanx to God dapat jugak aku wat blog ni.ekceli dulu dah ade blog tapi hayat dia tak lama atas sebab tertentu aku padam blog tu.tak perlulah kot nak story kat sini sebab apa.lepas blog aku dulu tu yang kena padam tu aku cam tak kesah sangat pon tapi lately ni tetibe plak rasa cam nak wat blog balik.maybe seronok kot tengok orang lain boleh bebel panjang2 kat blog dorang oh besnye ade blog boleh bebel macam2.aku wat blog ni pon sajesaje,untuk isi mase lapang dari terbuang begitu saja.yaya begitulah.aku memang suka  tak suka buang masa.oke la ni saje untuk first entry yang aku rasa sumpah teruja gila nak pos.saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.peace yaww.

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED