Holiday On Monday



  Memandangkan tadi takde lab mcribe dan analytical chemistry so aku,anaz,fana,wani pegi PD.Cadangnye mule-mule nak pegi broga Hill tapi takot plak sebab pegi hari Isnin kan,tak ramai orang.Kang jadi pape susah plak dah ler semua pompuan.At least kalau ada bapuk ke sorang takpe la jugak(macam tak guna jugak je kan???).Then plan nak pegi Sungai Congkak tp xjadi sebab bahaya noksss musim2 hujan ni kan.Tu yang last-last pegi PD.Awal gila gerak dari kolej pukul 7 pagi!Sampai PD pukul 8.30 pagi amek kau awal gila.Kitorang je ada kat situ tapi yang bestnye rasa damai gila.Naseb tak cari kayu ke papan pastu buat bangsal tinggal terus kat situ.


Masa ni dalam pukul 8.45 camtu la.Nyaman sangat.



Kuda laut jadian bertudung.
 Lepas ni kitorang pegi makan kat kedai area2 situ jugak.Aku ngan Wani pegi tibai makan lontong pagi-pagi bute tu.Tapi apsal hah makcik tu buat lontong pagi-pagi??orang PD breakfast ngan lontong ke????


jajaaaaaang!jeles tak??haha.Best weyh naik banana boat ni.mule-mule je rasa cuak pastu semua dok eh best kan naik banana boat tadi.




   Ekceli banyak lagi gambar abang banana boat tu amek masa ni.Gila rajin die tangkap tapi risau jugak aku kot2 ada ai masuk deseler(dslr) aku,kang tak pasal-pasal berfunfus je lens kan.





 


  Pastu pegi KlCC pulak.Nak balik kolej macam awal sangat lagi,mana boleh balik awal-awal rasa macam bosan gile kau pukul 3 dah sampai kolej.



Sebenarnya fana  suke kat aku dalam diam *berdasarkan gambar di atas*









 Sekian bye.

   Minggu ni penat gila seyh aku punya weekend sebab kena siapkan 2 lab report iaitu analytical dan microbe punya report.microbe tu boleh tahan lagi la,yang analytical tu macam hape je banyak nak mampus calculation dah la salah calculate habes semua value bawah pun salah pastu kena liquid satu-satu tulis balik.Haaaa padan muka penat nak baca panjang sangat tulis takde fullstop.Penat yang membaca penat lagi yang menulis ni.

   Semalam petang keluar dengan jijim pegi taman tasek dekat dengan Wet World tu.Saje jenjalan sementara tunggu malam nak makan.












 Semayang maghrib dekat PKNS and i got this from jijim !


Die cakap lepas ni nak aku selalu baca Quran tiap kali lepas semayang pastu baca terjemahan sekali :')
The most precious thing i got from u :)

   InsyaAllah aku try buat dengan seikhlas hati aku.Kadang-kadang kita ni sebok sangat kan dengan benda-benda dunia ni.Belajar,buat assignment,keluar sana-sini sampai kite jarang sangat nak mengaji.Padahal tak lama pun nak baca Quran kan.Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

  Pastu kitorang makan dekat restoran  tepi tasik depan PKNS.Menu :
Kangkung goreng belacan.

Kerapu  stim lemon.Ya Allah sumpah sedap tak tipu!Memang aku marah jijim bile dia makan lebih.

  Gambar air durian belanda dan sea coconut lemon lupa nak tangkap,gambar telur pon lupa nak tangkap sebab tak sabar nak makan.Tengah makan tetibe Wani kal cakap dia kat i-City,ajak jumpe la sebab lama tak jumpa kan.Last kitorang jumpe masa aku sem 1.Lama gilaaaaaaaaaaaaa kan sebab sekarang aku dah sem 3.

Nampak ada rindu yang terlepas??


Kanan tu kawan Wani nama Puteri.Aku selalu la nampak gambar dia ngan Wani kt fb.Tinggi weyh terus aku jadi pendek.Acecey padahal aku memang pendek.haha




Wani bertukar jadi laki hakhak.jijim cakap wani debab padahal dia tu macam walrus dok cakap orang debab.



    Sekian bye.

Masa Berjimba Terakhir




Jaaajaaaaang!Kasik spesel sikit letak gambar jijim mula-mula.




Gmabar ni over-exposed la,WB terlebih.



Kurag ajar tikus ni tumbuk kepala aku.Lepas ni kalau tak boleh jawab test aku salahkan mickey  ni.


Tempat bowling paling best kat Mlayasia ialah di Mid Valley.




   Sebab apa masa berjimba terakhir?Sebab start je ahad malam lepas keluar semalam bersamaan 30/09/2012 aku dah bizi dengan lab report nak kena submit tadi dan Khamis nanti.Sepatutnye ada lagi satu kena submit tapi lecterur kata tak payah hantar sebab experiment 1 sooo simple.Mulai saat ni aku taknak dah buat benda lagho ni,nak study je.

  Sabtu malam aku tido bilik Kak Anis kat UKM then terus jumpa Ain kat kolej la.Ahad pulak keluar pegi Mid Valley dengan jijim.Sempat la release tension,(bajet tension macam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani je).Apa kena mengena dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani?Yola aku nak cakap aku tension macam menteri.Nampak tak punya tension aku sampai tahap menteri padahal baru sem 3 degree.

   Tuje,nak sambung buat lab report Organic Chemistry plak ni.Saje nak mention nak tunjuk aku sebok dopolohpatjam.Sekian bye.

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED