ouuhh weekend..

    Esok ada test math la plak.Well semua orang tahu aku sedikit kurang upaya dengan math.Bila dengar je math terus rasa macam nak berdepan dengan Voldemort.Ceh bajet macam aku Harry potter.Rasa nak buat tanda plak kat dahi sama macam Harry Potter baru boleh berdepan dengan Voldemort.Oke tak paham takpe.Sebenarnya nak cite pasal weekend aku.Ouhhh best best dapat jumpa izan,keyna,ecah dan jijim.Ekceli tak plan pon nak jumpa izan,ecah,keyna tapi dah kebetulan aku keluar ngan jijim terus je pegi UM sebab izan ada kat sana.Kira aku qada la sebab tak jumpa izan semalam.see izan sangat istimewa di hatiku sampai kena qada kalau tak jumpa dia.
aku ketua sebab pakai shawl merah


taw kenapa kau comel?sebab mata kau besar gajah

kuak lentang di dalam sangkar

sama tak muka kami??XD
   Sempat la jugak beli baju kat mak aku.Beli angry bird yang burung warna hijau paling kuat ada paruh panjang tu kat Balqis(adik aku yang bongsu).Aku taw mesti dia suka sebab bila jalan2 dengan dia kalau jumpa patung angry bird mesti dia cakap semua kuasa yang burung2 tu ada.
Balqis:kakak2 tu burung yang ada bomb tu kan.
aku:ha betoi2..
Balqis:yang ni yang boleh berpecah tiga tu kan kakak.(sambil tunjuk burung yang lain)
aku:buat muka akak penyabar.
Balqis:yang ni plak yang boleh bagi jatuh telur tu kan.
aku:=,="..

  

aku yang lalai

   Memang aku sangat lalai bila login FB dan blog dekat makmal komputer pastu lupa nak logout balik!!ggggrrrrrrrrrr..kenapa mesti aku boleh lupa benda2 penting macam ni.T_T.Terkejut aku bila jijim tanya ada ke aku inbox dia dekat FB cakap mintak putus sebab aku nak fokus study.Nasib baik jijim tak terus terjun bangunan lepas baca mesej tu.Tapi tapi kenapa jijim tak terjun je??dia tak sayang aku ke?Oke tak,aku yakin jijim ada pegangan agama yang teguh,mustahil la dia nak buat benda2 macam tu.lepas tu boleh plak manusia durjana tu post kat wall aku cakap aku redha dengan ketentuannya.Apakah?Dah la tukar setting post bagi aku je boleh baca post tu.Sangat kurang ajar.Tak boleh ke kau buat bodoh je tengok ada orang lupa log out FB.Tolong jela logout kan,ni nak jugak pedajai orang.Memang saja bikin gua panas je.
kalau kau anak jantan meh la sini
  Yang lagi aku bengangnya dah la bila bukak blog pulak ada sign stop besaq nak mampoih baq hang sebab header takleh tengok.Semua gambar dalam blog pon jadi sign macam tu.Aku try jugak cari kat setting tapi takde apa pon,aku dah la noob sikit benda2 ni.Terpaksa la upload balik gambar yang takleh tengok.Kalau aku jumpa sapa punya angkara memang aku pijak2 perut orang tu pastu tangkap gambar sambil sebelah kaki letak atas perut manusia durjana tu then post kat FB.Ni la orang cakap dah terlanggar baru nak tergadah,padan muka aku cuai sangat.Lepas ni taknak dah online dekat makmal komputer.Yang mana ada lagi gambar2 yang ada sign stop warna hitam tu biar jela,malas aku nak upload lain.Kepada orang yang wat dajai kat aku tu biar Tuhan je balas apa yang kau buat tu.

menunggu lecturer..

 Hye there.Sementara manunggu lecturer CSC yang tak kunjung tiba aku pon terupdate la blog ni.tengok blog aku macam bosan gila sebab entry tak best+sikit+follower tak ramai+muka taklawa+lockertakkemas+schedulekelaspacknakmati.Sungguh kesian jadi aku.Wuuuwuuuwuuuuu~.CSC tu apa?CSC tu aku pon lupa apa nama betul dia tapi belajar pasal programming.What the fish la kan kenapa aku kena belajar programming walhal kau tak aku amek food tech.Haaaaiyooo banyak leceh.Perlu ke aku belajar semua tu.Macam tu la perasaaan aku masa mula2 aku belajar CSC tapi sekarang aku dah semangat macam dah attend ceramah Dr.Fadzillah Kamsah semalam.Lecturer aku dah sampai.Bye.

why im so happy??

Lama gila blog buruk aku ni tak update.Dah sebulan masuk Uitm Shah Alam tapi tak pernah blog pon kat sini.Tu la dah tahu malas tapi nak ada blog jugak jadi macam ni la kan.Memang bersawang la  blok.Blog aku ada sawang,blok kau ada?okok.ekceli nak update pasal date aku dengan jijim.Petang semalam dia ambik la aku dekat uitm ni lepas dia sembahyang jumaat kan.Then terus la pergi pusing KL pastu last sekali singgah dekat The Mines.Aku biasa la macam jakun sikit nampak ada sungai dalam The Mines.Rasa macam ouh you I kat london ni.Niat di hati nak naik boat la kan yang kat sungai tu tapi dah tutup sebab dah malam kan masa tu.So lepak2 jela tepi sungai tu sambil paksa2 jijim ambik gambar aku sampai aku kata dah la dah penat.Jalan punya jalan tetiba lapar la plak.oke macam tipu sikit kat sini sebab aku kalau tak jalan pon memang lapar kehkeh.Jijim ajak la plak makan Teppanyaki.Aku pun jakun la lagi sekali sebab tak penah makan kat Teppenyaki.Aku pun dah lupa nama makanan yang aku makan tu apa tapi yang surenye ada ala2 chicken chop.Jakun gila tengok tukang masak tu masak depan aku,siap lambung2 botol lada lagi.Ceh nak menunjuk terrer la tu depan aku sebab aku buat muka jakun gila kan.Memang sedap la rasa that unknwon makanan tu sampai rasa nak order lagi tapi malu sebab nanti takut jijim kata eh dah aku belanja nak tambah2 plak.Tak,sebenarnya kite tahu jijim tak penah kata macam tu dekat kite sebab kite tahu awak sayang kite kan jijim  kan kan.Oke jijim relaks bukan selalu GF mu gedik macam ni.kool bebeh kool.Dah lepas makan pergi la pulak Dowtown Mines sebab dah dekat kan.Alang2 menyeluk pekasam biar sampai pergi dowtown.Aku dah la memang suka pergi tempat2 macam ni.Mula2 tak lah ramai sangat aku tengok tapi makin lewat makin ramai pulak kan.Dah dapat barang yang aku nak kitorang pon balik la.Oke bye.
the sungai.

awek kau jakun sangat apahal?

muka teruja/jakun dapat makan tepanyaki

Di sungai itu.




SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED