Hye 2012!

   Pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejammmmmmmmmmmmm tak sangka aku dah masuk 20an.Yeah aku dah dewasa sebab bukan lagi belasan tahun dah boleh kahwin dah ni sepatutnya.Apsal aku taip pejam kat atas tadi panjang sangat?sebab aku memang selalu pejam dari celik,orang time study week tak cukup tidur yang aku plak terlebih tidur.Kalau kat UiTM ni ada subjek tidur paling lama ke online FB paling lama ke for sure aku dapat 4 flat,dekan memang dalam tangan dah.Tak payah pegi ambik exam,lecturer suruh lepak kat bilik je sebab  dah tahu 4 flat tanpa ambik exam macam menang tanpa bertanding lah kan.Lepas tu nanti dah grad boleh la apply keje kat kutub selatan,berhibernate dengan beruang dalam gua.Oke takpe.

Nak naik ferris wheel tu!
  Walaupun countdown semalam buat dekat i-City,aku tak join pon walhal kalau aku nak pegi i-City jalan kaki sambil makan choki2 boleh je.Busy doe study final lagi berapa hari je#padahal semalam aku tengok MLM kat youtube#.Lagi pon kawan2 aku takde plak yang macam nak pegi celebrate.Tapi yang bestnye even tak pegi i-City pon boleh tengok bunga api!mase dah nak dekat pukul 12 budak2 kolej semua lari pegi hujung bangunan sebab nak tengok bunga api.Cantek gila bunga api sumpah tak tipu sampai rasa nak nyanyi lagu firework dengan gaya katy perry dalam vidio klip.Tapi gambar tak berapa nak sharp sebab kalau nak cantik kena guna stand.Teringin gila nak naik ferris wheel tu,mase aku pegi hari tu tak siap lagi.Sesapa yang baca blog ni tolong la bawak aku naik ferris wheel pleasssee.#desperate gila HAHA#.Cakap pasal tahun baru ni aku pun ada azam baru.Azam aku nak rajin study,taknak buat benda2 yang buang masa dan yang penting nak update blog selalu.Aku rasa kalau ada pertandingan paling jarang update blog sah2 aku menang tanpa bertanding.Entri pun ada berapa je,sampai rasa nak fotostate entry kasi jadik banyak dengan cara tak payah taip.

2 comments:

ajim said...

haha....apelah ayat dy ni.....mcm2 la...dgn tunggang langgang.....tp ske la dy punye gmbr tepi tu...<3

cicifa said...

tunggang langgang eh?sory la takde subjek BM untuk food tech.gambar mane?

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED