Habis sem

  Dengan ini aku telah tamat sem 2.jyaaaaah~Oke Asslamualaikum.hari ni 15 julai 2012 dengan rasminya aku telah tamat sebagai pelajar sem 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi dan sekarang aku dah selamat sampai dekat rumah.At last,penderitaan aku berakhir setelah minggu exam sambil jeles dengan kawan2 aku yang U lain sebab dorang dah lama start cuti sem.Aku tak tahu lah kenapa bila minggu exam je mesti aku kena insomnia,bila insomnia je mesti aku tengah minggu exam.Aku dengan insomnia memang macam cincang air pastu air tu tak putus.Rasa macam nak letak nama sendiri Syifa insomnia syahirah.Nmpak kan betapa akrabnya aku dengan insomnia.

  Oke stop pasal insomnia.Tadi siang parents aku datang ambik aku kat uitm sebab dah habis sem kan.Dipendekkan cerita masa kat Jalan TAR,biasa la tengah sesak2 kan tetibe ada sorang ni tengok pelik kat ayah aku.Ayah aku bukak la tingkap,then orang tu cakap:

Orang tu:  "Nak bersaing betul ke bang.Kalau nak bersaing cakap".
Ayah aku:  mule2 terdiam."Sapa yang nak bersaing kat jalan macam ni"


  Pastu bapak aku tunjuk la isyarat tangan suruh die jalan dulu dan orang tu sambil jalan dia marah2 lagi.How rude he is!Aku tahu la kat kl semua orang pun nak cepat,nak pancung sana sini tapi tak payah la nak kurang ajar sangat.Masalahnye ayah aku memang takde niat pun nak bersaing ke apa,die just drive je tetibe je nak rasa tersaing dengan bapak aku apehal.Panggil Kim Jong Kook kang baru tahu.Nak je suruh ayah aku jawab camni "eh rasa tersaing ke??laa tak tahu la plak cara pemanduan saya buat awak rasa tersaing.siyees takde niat siyesss."Untuk penggunaan ayat ni sila tukar awak kepada hang dan saya kepada aku sebab ayah aku pure utarian yang memang tak kan cakap saya awak.

    Then kitorang pegi la makan dekat gerai yang dekat area Balai Polis Bukit Aman.

Mak pun dah ketagih dslr -.-

Saya lah model balai polis bukit aman.

  Masa on the way balik tu singgah jap tengok adik aku kat matrik perak.Masuk ni kali kedua aku pegi matrik perak yang atas bukit tu.

Dari kiri:dekwan,abang,haikal,balqis.
Dari kanan menyerong:mak,tangan ayah.

Gadis gunung.

mak bapak kite.

Dan aku telah lost tak tahu nak taip apa.sekian bye.
   

No comments:

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED