Masa kecik² dulu....

  • Masa kesik² dulu...
       Aku selalu konpius bila tengok National Geographic bukan konpius ngan fakta² die tapi aku konpius macam mana boleh ada orang yang sanggup pertaruh nyawa pegi rakam dekat² cheetah tengah baham kancil,singa tengah mentekedarah rusa dan sebagainya.Pastu bila dah besar baru aku tahu rupanya ada camera boleh zoom dengan sebegitu jauhnye.Baru aku sedar betapa hebatnya teknologi zaman sekarang.Oke boleh gelak kat aku.Selama ni aku ingat cameraman tu pegi rakam dekat²tapi macam musykil jugak kenapa singa tu tak terkam je cameraman tu.Oke syifa kau sangat lame.

                 
                       

  • Masa kecik² dulu... 
      Bila aku tengok gambar² orang tengah grad mesti aku pikir erm nanti masa aku grad sape nak tangkap gambar aku masa naik kat pentas tu,mak aku nak ke pegi depan pentas  tu tangkap gambar aku.aku risau gila takut nanti takde orang tangkap gambar aku masa dapat sijil.Bila aku besar baru aku tahu rupanya nanti ada la universti yang uruskan pasal gambar² ni semua.Yeayyy nasib baik aku tahu baru boleh grad dengan gembira nanti ulalalalala~



  • Masa kecik² dulu...
      Aku selalu ingat waaaaah bestnye bila dah besar masuk universiti nanti sebab nanti kalau ada barang jatuh masa tengah jalan²  mesti ada sorang laki hensem datang tolong kutip barang pastu bila angkat muka laki tu pun tenung mata aku lama² dan senyum.Cuba kau tengok betapa berpengaruhnye rancangan televisyen terhadap kanak²,macam ni lah jadinya sebab aku terpengaruh dengan cerita melayu.Kecik² mana tahu nak tengok cerita korea ke apa,ada pun tengok cerita kartun jepun Dragon Ball.Tengok tak part yang goku janji nak kahwin dengan cici.Pastu lama sikit cici tanya la bila nak kahwin kata dah janji kan,goku cakap sebenarnya kahwin tu apa dia tak tahu HAHA lawak gila dah tak tahu kahwin tu menatang apa dia pegi janji kat cici tu apesal adoi.Oke takpe.Bila dah masuk universiti masa barang jatuh takde pun laki nak datang tolong,siap terpijak barang yang jatuh tu lagi.


  • Masa kecik² dulu...
    Tak tahu la aku ni memang spesis senang kena tipu ke apa.Dulu masa sekolah rendah aku ada la sorang kawan yang rapat jugak la sampai kalau masuk tandas memang nak masuk buang air sama².Kawan aku ni cerita la kat kampung dia ada sorang nenek kebayan boleh sumpah orang jadi ape yang dia sebut.Dia cakap ada dia ada nampak nenek tu sumpah orang jadi khinzir.Aku mamang totally percaya tanpa ragu².Bila dah besar baru rasa macam wuwuwuwu T_T aku nak pinjam mesin masa Doraemon supaya aku boleh cakap kau ingat aku bodoh ke nak percaya.Then ada lagi dia cakap dia pegi Bukit Larut pastu dia pegang awan.Ada lagi,dia cakap ada abang tu suka kat aku,kau tahu aku percaya.Maap aku tak dapat nak cerita the rest sebab rasa macam tonyoh arang kat muka sendiri.


4 comments:

ღpanda_onchairღ said...

bhahahahha . syifa . . .
serius . kelaka . seb baek comel :)

syifa syahirah said...

thanks :).,dari kecik memang selalu kena tipu T__T

Hidayah Maznan said...

Adoi lawak..syifa2..haha.
kak dayah takat ni tak de lagi entry pasal zaman dulu2..sebab nak kena pikir lama baru ingt balik. kekangan masa lah katakan..update yg simple2 je..
Nway, nice entry..lawak.

syifa syahirah said...

update yang mana ingat je..hehe.thanks.

SYIFA SYAHIRAH COPYRIGHT RESERVED